MIRI: Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (PBM) mempelawa pemain bola sepak tempatan datang ke pemilihan pemain untuk mewakili Miri ke Pertandingan Liga Bola Sepak Rakyat 2015-2016.
Presiden PBM, Mohd Saif Jubaidi berkata pemilihan terbabit terbuka kepada semua pemain bolasepak 28 tahun ke bawah di sini dan ia akan diadakan di dua lokasi berasingan pada hari sama.
Menurutnya, pemilihan pertama akan diadakan pada 5 Julai bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai bermula jam 2 petang dan ia bagi pemilihan pemain untuk kawasan Niah dan Bekenu.
Pada hari sama, pemilihan juga akan diadakan di pusat bandar raya Miri iaitu bertempat di Padang Pasukan Gerakan Am Miri (PGA) bermula jam 3 petang.
Saif berkata Zon Utara akan disertai pasukanpasukan dari Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang sementara format perlawanan akan dilaksanakan bermain di tempat sendiri dan tempat lawan (home and away).
Sehubungan itu katanya, semua pemain yang berminat boleh datang pada tarikh yang dimaklumkan tadi dan memilih untuk datang ke pemilihan di PGA Miri atau SMK Suai.
Syndicated via Hazell S.Passol Sports Feed






0 comments:
Post a Comment