MANCHESTER, England: Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, dijangka meneruskan rancangan perpindahan bernilai 2.5 juta pound ke Juventus.Pemain antarabangsa Perancis itu ada mengadakan rundingan dengan jurulatih baharu Juventus, Massimo Allegri, yang memberi jaminan di mana Evra masih menjadi buruan kelab walaupun Antonio Conte meletak jawatan.United juga dikatakan berminat mendapatkan pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen, yang masih bercuti bersama pemain antarabangsa Belanda yang lain seperti Robin van Persie dan Stefan de Vrij selepas kempen Piala Dunia 2014.Lazio melihat bidaan mereka untuk Vrij telah ditolak dan pengarah sukan Feyenoord, kelab asal Vrij, Martin Van Geel, memberitahu RTV Rijnmond: “Ia masuk akal di mana pemain mahu berpindah tetapi ia harus kelab yang...