FULL 4D Result: TOTO, STC, Lotto 88, etc.

Saturday 10 May 2014

Giggs tinggalkan Old Trafford?


SOUTHAMPTON, England: Ryan Giggs akan memikul tanggungjawab ke atas Manchester United buat kali terakhir dalam perlawanan menentang Southampton pada malam ini (Ahad) dan masih belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain atau tidak pada musim akan datang.


Jurulatih Belanda Louis van Gaal dilaporkan akan diumumkan sebagai pengganti tetap David Moyes untuk menjadi pengurus United pada minggu depan selepas Giggs menjadi pengurus sementara.


Dalam tempoh itu, United telah memenangi dua dan kalah satu daripada tiga perlawanan mereka di bawah pemain tengah veteran Wales itu, dengan kemenangan ke atas Norwich City dan Hull City sebelum dan selepas kekalahan di halaman sendiri kepada Sunderland.


Lawatan ke St Mary’s untuk perlawanan terakhir United dalam kempen yang traumatik turut menandakan penampilan terakhir bagi Nemanja Vidic, kapten kelab yang akan menyertai Inter Milan pada musim cuti, manakala dua rakan pertahanan veteran Patrice Evra dan Rio Ferdinand juga sudah sampai ke penghujung kontrak mereka dan Giggs juga mungkin akan meninggalkan kelab.


Pemain berusia 40 tahun itu hanya memulakan enam perlawanan sahaja dalam Liga Perdana pada musim ini dan dia masih belum pasti sama ada dia akan terus bermain atau menceburi bidang pengurusan di kelab lain jika ruang tiada baginya dalam rancangan Van Gaal di Old Trafford.


“Saya tidak tahu, pendirian saya belum berubah,” kata Giggs bila ditanya sama ada dia akan bersara atau tidak.


“Saya akan bercuti selepas musim ini berakhir dan berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai langkah seterusnya.


“Keutamaan saya adalah Southampton dan bersiap sedia untuknya. Ia bukan sesuatu yang saya terlalu fikirkan.


“Ia adalah perlawanan yang sukar dan ia adalah perlawanan terakhir mereka di halaman sendiri dan sama seperti apa yang kami cuba lakukan, kami cuba menamatkannya dengan kejayaan. Ia pasti perlawanan yang sukar tetapi perlawanan yang saya nanti-nantikan.”


Sementara Giggs mungkin akan mengucapkan selamat jalan kepada United pada malam ini, perlawanan itu mungkin juga akan memberi imbasan tentang masa depan.


Ditanya tentang dua pemain antarabangsa England di Southampton, Adam Lallana dan Luke Shaw, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke United, Giggs menambah: “Mereka adalah pemain-pemain yang mengujakan.” — AFP







Syndicated via Hazell S.Passol Sports Feed

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites