FULL 4D Result: TOTO, STC, Lotto 88, etc.

Sunday, 11 January 2015

Mohd Saif: PBM dengan kerjasama FAS akan adakan Liga Miri 2015 pada 1 Mac


MIRI: Persatuan Bolasepak Miri (PBM) dengan ker­jasama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan men­gadakan Liga Miri 2015 yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mac depan.


Presiden PBM Mohd Saif Jubaidi berkata satu mesy­uarat tentang pertandingan itu telah diadakan baru-baru ini dan beberapa syarat tert­entu telah digubal dan akan dilaksanakan dalam Liga Miri 2015.


Antara syarat yang telah ditetapkan FAS ialah pasu­kan atau kelab atau persatu­an yang menyertai pertand­ingan itu perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau Pejabat Pesuruhjaya Sukan.


Mohd Saif berkata borang yang telah diedarkan kepada pasukan-pasukan bertand­ing akan dihantar terus ke­pada FAS bagi memastikan pemain tidak berhijrah ke pasukan lain semasa berlang­sungnya Piala Juara-Juara Sarawak.


“Piala Juara-Juara Sarawak akan menyingkap tirainya pada penghujung tahun ini dan kita tidak mahu pemain yang bermain dalam Liga Miri 2015 berpindah ke bahagian lain semata-mata ingin menyertai Piala Juara-Juara Sarawak,” jelasnya.


Di samping itu, hanya tiga pemain yang berumur 30 tahun ke atas dibenarkan menyertai Liga Miri 2015 dalam satu-satu pasukan dan ia adalah syarat yang telah ditetapkan FAS.


Pada masa sama, pasu­kan yang mengambil ba­hagian perlu mempunyai jurulatih yang berkelayakan sekurang-kurangnya kelas Pra C.


Untuk keterangan lanjut tentang Liga Miri 2015, mereka yang berminat boleh menghubungi Pengarah Ke­johanan Peter Peck di talian 019-8558442 atau Muliadi (014-8944644).


Sementara itu, PBM akan menganjurkan Kursus Pen­gadil Kelas 3 yang akan berlangsung pada 30 Januari hingga 1 Februari 2015.


Saif berkata mereka yang ingin menjadikan pengadil sebagai kerjaya boleh datang pada hari terbabit dan seh­ingga kini, Miri telah mela­hirkan tiga pengadil yang bertugas dalam Liga Super Malaysia.







Syndicated via Hazell S.Passol Sports Feed

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites