FULL 4D Result: TOTO, STC, Lotto 88, etc.

Thursday 15 January 2015

Sabah sangkal dakwaan media tempatan


KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menafikan laporan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa mereka bersedia menebus baki kontrak bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencecah RM500,000.


Setiausaha Kehormat Safa, Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan jurulatih berusia 44 tahun itu memandangkan beliau masih terikat dengan FAM sehingga Disember tahun ini.


“Kita memang berminat untuk dapatkan khidmat Kim Swee dalam pasukan Sabah namun kita perlu menghormati kontrak beliau dengan FAM.


“Kita tidak mahu membelakangkan FAM kerana kita merupakan ahli gabungan mereka… Sekiranya beliau sudah dibebaskan oleh FAM, baru kita akan mengadakan perbincangan dengan beliau (Kim Swee),” katanya kepada Bernama semalam.


Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menolak dakwaan bahawa badan induk itu bersedia untuk melepaskan Kim Swee kepada mana-mana pasukan.


“Saya telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa kita tetap akan terus menggunakan khidmat Kim Swee dan beliau akan meneruskan tugasnya membimbing skuad B-23 negara ke Sukan SEA Singapura, Jun ini,” katanya.


Media sebelum ini melaporkan Kim Swee sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain selepas FAM memutuskan untuk menggabungkan skuad Harimau Muda A dengan Harimau Muda B kendalian Razip Ismail pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia, Disember lepas.


Ekoran penggabungan tersebut , FAM membubarkan pasukan Harimau Muda A dan diganti dengan skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.


Penghijrahan Kim Swee ke Sabah turut dihangatkan dengan ketiadaan Pengarah Teknikal Sabah Rhino, George O’Callaghan pada sesi latihan skuad Sabah Rhino sejak beberapa hari lepas.


Beberapa laman sosial penyokong bola sepak Sabah turut mendakwa bahawa Kim Swee hadir pada aksi persahabatan antara pasukan berkenaan dengan Sarawak di Stadium Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, minggu lepas.


Sebagai rekod, Kim Swee pernah beraksi bersama Sabah dari 1994 sehingga 1998.


Antara kejayaan yang pernah diraih pengendali kelahiran Melaka itu sepanjang mengendalikan skuad Harimau Muda A adalah muncul juara Sukan SEA 2011 di Indonesia, juara Newspaper Cup pada 2012 di Vietnam serta Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Pahang. — Bernama







Syndicated via Hazell S.Passol Sports Feed

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites